Dasar Privasi

Privasi anda adalah penting bagi Asia Assistance Network (M) Sdn Bhd (“Asia Assistance”, “Syarikat”, “kami”). Rujukan kepada Asia Assistance juga merangkumi anak-anak syarikatnya bagi tujuan dasar privasi ini.  

Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi anda selamat dan terjamin. Dasar privasi kami yang dinyatakan di bawah ini akan memberi anda kefahaman yang lebih baik tentang bagaimana kami mengumpul, memproses, menggunakan, menyimpan, melindungi data peribadi anda berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

Perjanjian kepada dasar privasi & persetujuan    

Dengan mengakses atau menggunakan laman web ini, anda dengan nyata bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan disini dan anda akan dianggap bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda oleh pihak Syarikat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat dasar privasi ini, jangan teruskan mengakses laman web ini untuk tujuan apa pun.

 

Tujuan mengumpul data peribadi anda 

Data peribadi anda akan dikumpulkan, digunakan dan diproses oleh pihak Syarikat untuk tujuan berikut:

 

  1. Untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang berhubung atau berkaitan dengan tugas-tugas dan tanggungjawab kami sebagai pembekal perkhidmatan pihak ketiga; 
  2. Untuk pemindahan data dan perkongsian kepada pihak ketiga seperti anggota atau sekutu Asia Assistance, pembekal perkhidmatan yang sah serta ejen atau pihak lain di bawah kewajipan kerahsiaan kepada Asia Assistance atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan termasuk yang terletak di luar Malaysia;
  3. Untuk menguruskan dan menyelenggarakan hubungan Syarikat dengan anda dan menyediakan khidmat pelanggan yang lebih baik termasuk menghubungi anda untuk kami lebih memahami pertanyaan dan maklumbalas anda;
  4. Untuk Syarikat melaraskan tahap kualiti perkhidmatannya;
  5. Untuk merancang dan memberi anda perkhidmatan atau produk masa depan;
  6. Untuk melakukan apa-apa bentuk analisis statistik, tinjauan atau penyelidikan perniagaan; atau
  7. Untuk memperbaiki pentadbiran teknikal laman web kami.  

 

Perkongsian dan Pendedahan
 

Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda setakat mana yang sesuai dan perlu. Kami tidak akan menjual, berkongsi atau mendedahkan data peribadi anda yang dikumpulkan melalui laman web ini kepada pihak ketiga selain daripada apa yang dibincangkan dalam dasar privasi ini. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda kepada pihak ketiga: 

 

  1. Syarikat-syarikat gabungan atau syarikat berkaitan, wakil-wakil, pembekal perkhidmatan, penjual and/atau rakan perniagaan samada yang lokasinya adalah di dalam atau Malaysia atau luar Malaysia;
  2. Kepada pihak ketiga untuk tujuan statistik bagi memahami corak lalu lintas. Untuk melakukannya, kami tidak akan menyertakan apa-apa data peribadi yang boleh mengenalpasti individu;
  3. Mana-mana orang atau pembekal perkhidmatan yang kami lantik yang berada dibawah tanggungjawab kerahsiaan untuk menjaga kerahsiaan data peribadi anda;
  4. Profesional yang bekerja bagi pihak Syarikat seperti juruaudit, akauntan atau penasihat kewangan, peguam dan/atau pihak ketiga yang perlu atau dibenarkan oleh undang-undang atau sebagaimana yang kami tentukan perlu atau sesuai; 
  5. Pusat data, pelayan dan/atau storan awan (“cloud storage”) didalam atau diluar Malaysia untuk tujuan penyimpanan data; atau
  6. Agensi kerajaan, agensi penguatkuasa undang-undang, badan-badan pengawal selia, badan atau agensi berkanun sekiranya perlu, untuk memenuhi undang-undang atau perintah Mahkamah atau menjawab pertanyaan dari pihak berwajib yang berkenaan.

 

Penyimpanan data peribadi anda

Data peribadi anda yang diberikan kepada kami disimpan selagi tujuan data peribadi dikumpulkan masih berterusan. Kami akan memusnahkan data peribadi anda dari rekod dan sistem kami sesuai dengan dasar penyimpanan data kami apabila data peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan tersebut melainkan tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan untuk memenuhi keperluan operasi, undang-undang, peraturan, cukai atau perakaunan.  

 

Sekuriti 

Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi anda disimpan dengan selamat. Kami berusaha, di mana mungkin, untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan fizikal, pentadbiran, elektronik, teknikal dan prosedur yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda yang dikumpulkan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. 

Pusat data kami dilindungi secara fizikal dan elektronik. Pelayan kami dilindungi dari akses terbuka ke internet dengan menggunakan tembok api dan kami melakukan ujian penembusan. Kami mengehadkan akses data peribadi anda kepada pekerja dan pihak ketiga kami termasuk pembekal perkhidmatan dan / atau penjual kami, yang kami percaya wajar memiliki akses ke atas data peribadi anda

 

Alamat Protokol Internet

Kami juga boleh menjejaki alamat protocol internet (“Alamat IP”) untuk tujuan pentadbiran sistem dan untuk mengenalpasti trend penggunaan. Alamat IP anda biasanya dikaitkan dengan tempat fizikal dari mana anda memasuki internet, nama domain dan hos dari mana anda mengakses internet, perisian penyemak imbas yang anda gunakan dan sistem operasi anda, dan tarikh dan masa anda mengakses laman web ini. 

 

Lokasi Geografi 

Kami boleh mengumpul lokasi geografi anda berdasarkan Alamat IP anda dan lain-lain data berdasarkan lokasi anda. 

 

Pertanyaan berkenaan data privasi dan aduan

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai penggunaan data peribadi anda atau anda mahu mengemaskini atau membetulkan data peribadi anda atau menarikbalik kebenaran menggunakan data peribadi anda oleh Syarikat atau untuk memfailkan aduan berkenaan dengan hak data privasi anda, sila hubungi Syarikat melalui: 

Pegawai Perlindungan Data 
Asia Assistance Network (M) Sdn Bhd
AA One, Block N, Jaya One 72A 
Jalan Prof Diraja Ungku Aziz,
46200 Petaling Jaya 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Atau

Emel: legal@asia-assistance.com 

 

Sila nyatakan Pertanyaan Perlindungan Data sebagai subjek.  

Atau

Tel: 03- 7628 3888

 

Kemaskini dasar privasi 

Syarikat berhak untuk mengemas kini dan mengubah dasar privasi ini dari semasa ke semasa. Dasar privasi ini bukan kontrak, juga tidak mewujudkan undang-undang atau menyarankan kewajiban pihak kami dengan pihak lain atau atas nama pihak lain. 

Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.