Privasi anda adalah penting bagi ASIA ASSISTANCE NETWORK(M) SDN BHD dan AA INTERNATIONAL INC (selepas ini dirujuk sebagai “AA”). Dan kami adalah komited untuk memastikan data peribadi anda dibawah jagaan kami adalah selamat dan terpelihara. Perenggan berikutnya akan memberikan anda pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana kami peroleh, proses, guna, simpan, lindung, usaha mengekalkan ketepatan dan cara bagaimana anda boleh mengakses data peribadi anda selaras dengan prinsip dan mengikut sah laku tanggungjawab perundangan yang dirangka mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 Siapa yang Berkait dengan Pernyataan Ini

Pernyataan ini digunapakai untuk semua perkhidmatan yang disediakan oleh AA di mana ia melibatkan semua pekerja kami. Pernyataan ini merujuk kepada data peribadi yang diperolehi dari pelanggan individu atau pekerja pelanggan kami dan keluarga mereka atau pelanggan individu kepada pelanggan kami, seperti waris di bawah polisi insuran atau lain-lain perkhidmatan kewangan dan di dalam pernyataan ini, kami rujuk kepada kumpulan ini sebagai “anda”.

 Perolehan Data Peribadi

Untuk memberi perkhidmatan sebagaimana dalam perjanjian dan menunaikan tanggungjawab AA kepada anda, adalah amat diperlukan untuk anda memberi data peribadi wajib, seperti nama anda, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nombor telefon, maklumat mengenai kesihatan atau kondisi perubatan, maklumat keluarga dan bukan keluarga dan lain-lain. Data  peribadi anda diperolehi melalui panggilan telefon atau faks atau email dan lain-lain bentuk bilamana anda menggunakan perkhidmatan kami atau memerlukan perubahan atau pindaan kepada data peribadi anda. data peribadi anda sebaik sahaja diterima akan dimasukkan ke dalam sistem maklumat kami untuk pemprosesan, simpanan selamat dan untuk melaksanakan tanggungjawab kami berkaitan dengan hak khidmat keahlian anda.

 Pemprosesan dan Penggunaan Data Peribadi

Data peribadi yang anda berikan akan digunakan oleh Syarikat Kumpulan AA dan ejen-ejen mereka untuk melaksanakan peranan kami sebagai pembekal bantuan.

Penggunaan data peribadi anda memerlukan pendedahan data peribadi anda untuk tujuan tersebut  dan kepada pihak termasuk tetapi tidak terhad kepada berikut:

1. Untuk perlaksanaan khidmat keahlian; untuk pihak ketiga yang mungkin atau bukan ahli atau syarikat-syarikat bersekutu seperti pembekal-pembekal perkhidmatan dan pembekal-pembekal yang sah dan juga ejen-ejen atau lain-lain pihak yang tertakluk dibawah kewajipan kerahsiaan dengan Kumpulan AA atau sebagaimana dituntut oleh undang-undang dan peraturan. Pihak yang berurusan dengan kami mungkin terletak di dalam atau di luar Malaysia.

Selanjutnya, syarat-syarat pemprosesan yang diperlukan, kami berkemungkinan menghubungi mana-mana pakar perubatan, hospital, klinik, syarikat insuran atau lain-lain organisasi, institusi atau individu yang mempunyai sebarang rekod berkaitan pengetahuan kesihatan anda dan untuk dimaklumkan kepada kami atau mana-mana wakil ya ng dibenarkan atau maklumat yang berkaitan merujuk kepada kesihatan anda dan sejarah perubatan dan sebarang maklumat kemasukan hospital, rawatan, penyakit atau sebarang keadaan. Tujuan penggunaan maklumat sedemikian hanya untuk tujuan bertugas dan tanggungjawab kami adalah termaktub di dalam kontrak.

 

2. Untuk memenuhi semua undang-undang, peraturan, kawalselia, garis panduan dan/atau lain-lain perundangan atau keperluan guaman yang berkaitan; kepada badan pengawalselia yang berkenaan sebagai respon terhadap permohonan rasmi atau laporan berkala yang dituntut.

 

3. Untuk perbicaraan, pembelaan atau tindak balas sewajarnya terhadap tindakan atau potensi tindakan undang-undang atau pertanyaan melibatkan badan-badan pengawalselia dan bukan pengawalselia di dalam atau di luar Malaysia; kepada peguamcara, mahkamah, badan-badan pengawalselia dan bukan pengawalselia, Kumpulan AA, dan badan guaman dan pengawalselia yang ditetapkan.

 

4. Cawangan yang lain atau syarikat didalam Kumpulan AA( i.e:AA, anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu);

 

5. Untuk secara amnya melindungi hak dan harta kami dan juga untuk memastikan kemampuan teknikal dan fungsi sistem kami; kepada badan-badan dan pihak yang disahkan.

Oleh kerana Kumpulan AA beroperasi secara global, Kumpulan AA mungkin memindahkan maklumat anda didalam lingkungan operasi global kami jika ia diperlukan untuk menunaikan tanggungjawab kami kepada anda. Anda akan dimaklumkan dan persetujuan akan diperolehi sebelum maklumat anda disalurkan ke luar Malaysia. Kumpulan AA akan memastikan negara di mana maklumat disalurkan mempunyai tahap perlindungan data peribadi yang mencukupi demi hak dan kebebasan subjek data berkaitan dengan pemprosesan data peribadi. Kumpulan AA mematuhi piawaian perlindungan data peribadi antarabangsa dan perlindungan data dan perundangan privasi yang mana berkaitan.

Kami akan mendapatkan persetujuan anda sebelum menggunakan data peribadi anda untuk tujuan selain daripada tujuan asal ketika mana maklumat pertama kali diperolehi. data peribadi anda tidak akan terus diproses dengan mana-mana cara yang tidak sesuai dengan tujuan yang diperuntukkan.

 Tiada Pemasaran

Kami tidak menggunakan data untuk tujuan pemasaran, ataupun diijual, kontrak sewa pajakan atau lain-lain cara yang menyebabkan data tersedia untuk mana-mana organisasi yang telibat dengan jualan langsung.

 Privasi dan Jaminan Keselamatan

Dasar polisi Kumpulan AA adalah untuk memastikan data yang berkenaan diuruskan dengan betul dan bersesuaian dengan nilai maklumat berkenaan, risiko berkaitan dengan kecuaian dalam pengendalian, betapa kritikal data tersebut kepada syarikat dan pelanggan dan menurut mana-mana keperluan perundangan yang berkenaan.

Langkah-langkah dan tindakan yang wajar dikenakan bersesuaian dengan teknikal dan organisasi yang terlibat sekiranya terdapat sebarang proses data peribadi tanpa keizinan atau melanggar peraturan serta mencegah kerugian yang tidak disengajakan atau berpunca dari kemusnahan, atau kerosakan terhadap data peribadi. Kami mempunyai semakan semula keselamatan dan risiko secara berkala dan kami memantau semua kawalan yang ada untuk memastikan keselamatan, ketepatan dan integriti data yang kami simpan. Kami juga berusaha untuk memastikan data yang kami pelihara hanya boleh diakses oleh individu yang sah untuk tujuan yang disahkan. Kami tidak mengizinkan pengakses yang tidak sah, ataupun membiarkan pelanggan kami mengizinkan pengaksesan yang tidak sah.

Kami menyediakan prosedur rasmi yang harus dipatuhi dalam organisasi untuk memastikan standard keselamatan dikekalkan dan data privasi tersebut hendaklah dipatuhi.

 Penyimpanan

Kami tidak akan menyimpan data peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan asal ketika mana ia diperolehi. Kami akan mengambil segala langkah sewajarnya bagi memastikan data peribadi anda dihapuskan atau dipadam kekal bilamana ia tidak lagi diperlukan kecuali apabila kami diperlukan untuk menyimpan data peribadi anda untuk sebab-sebab yang munasabah atas alasan undang-undang, keperluan perundangan atau tujuan perakaunan.

 Akses dan Permohonan Perubahan

Kami mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan setiap data peribadi adalah dibekalkan oleh anda atau parti yang sah adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemaskini selaras dengan tujuan yang mana data peribadi itu telah dikumpul dan untuk proses selanjutnya.

Jika anda ingin mengakses atau mengubah atau memadam data peribadi anda atau memperbetulkan data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, atau tidak dikemaskini, sila hantarkan email atau surat permohonan anda secara terperinci dengan disertakan nama anda, tarikh lahir dan identiti unik (kad pengenalan, nombor passport dan nombor polisi). Hantarkan maklumat ini kepada:

Pengurus Pematuhan

compliance@asia-assistance.com

(Sila masukkan Permohonan Data Peribadi sebagai subjek email)

Respon pertama kami terhadap permohonan anda adalah memastikan samada kami mempunyai rekod yang sepadan dengan nama, tarikh lahir dan pengenalan unik (contoh: nombor kad pengenalan, nombor passport, nombor polisi) yang dibekalkan. Sekiranya padanan di temui, dan anda berhasrat untuk menyemak data yang kami simpan, kami akan berusaha untuk menunaikan permohonan tersebut, tertakluk kepada kawalan keselamatan.

Untuk memperoleh pendedahan lengkap sebuah rekod data, sebarang pertanyaan mesti disertakan dengan bukti daripada identity pengenalan. Ini adalah untuk memastikan kami tidak mendedahkan data peribadi atau sensitif kepada mana-mana pihak ketiga.

 Kami akan mengerahkan usaha sewajarnya untuk membantu mendapatkan akses dan membuat pindaan secepat yang mungkin. Bayaran mungkin akan dikenakan untuk tujuan ini.

 Pertanyaan dan aduan

Sekiranya anda perlu menghubungi kami atau anda percaya bahawa data peribadi anda telah diusik, sila hubungi kami di 03-7628 3893 dari 9am hingga 5pm, Isnin hingga  Jumaat atau email kami di compliance@asia-assistance.com. Sila masukkan Pertanyaan Perlindungan Data sebagai subjek email.

 Perubahan atau Mengemaskini Polisi

Kumpulan AA berhak untuk menukar atau mengemaskini polisi ini pada bila-bila masa. Kami akan umumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan di laman ini. Polisi ini bukan sebagai kontrak, ataupun  menimbulkan sebarang hak perundangan atau apa-apa tanggungjawab ke atas kami terhadap pihak lain atau sebagai wakil kepada pihak yang lain.

Copyright © 2014 Asia Assistance. All Rights Reserved.
Recommended browser requirements: I.E 8.0 and above, 1024X768 screen resolution and above